Thursday, 9 January 2014

CABUTAN BERTUAH CELCOM- KES PENIPUAN!!!!

Assalamualaikum…
Ha, arini nana nak cerita sikit mengenai kes penipuan melalui talifon yang makin berleluasa sekarang nih… Hal ni terkena pada batang idung nana sendiri la…Baru jer tadi terkena…
Ceritanya bermula begini…(jeng…jeng…jeng…) Tengah dok sebok2 wat keje kat office ni, tiba2 hp nana berdering (macam ayat novel la pulak). Ok kita teruskan cerita ni… Nana pon jawab la call tu..dari nombor private pulak. Suara lelaki, ada loghat2 cam Sabah pn ada…Indonesia pon ada…Dah la pale ni pening, dengarkan jer lah apa dia nak cakap…
“Assalamualaikum… saya dari pihak CELCOM KUALA LUMPUR. Betul ke saya sedang bercakap dengan pemilik nombor talifon 019-xxxxxxx (nana: ya saya <ringkas, malas nk layan sebenarnya>). Tahniah, cik telah memenangi cabutan bertuah dari pihak CELCOM. Nombor talifon cik telah memenangi tempat ketiga dengan hadiah berupa wang tunai sejumlah RM5,000 ( ye2 jer ko ni nak bagi aku duit banyak tu…xtau plak celcom ada wat contest/lucky draw). Tetapi, saya lihat cik menetap diluar kawasan Kuala Lumpur, jadi pihak kami terpaksa memindahkan wang tersebut melalui bank (ait!!! Tak menyabor betul ko nak bagi aku hadiah???). Adakah cik tinggal berhampiran dengan bandar/ di kawasan kampung? (nana: kawasan Bandar). Bank apa yang berdekatan dengan cik? Pihak kami mendapat kebenaran pihak BANK NEGARA untuk melakukan transaksi melalui bank MAYBANK, BSN dan CIMB BANK (nana: saya ada buka akaun dalam ketiga2 bank tu <padahal 1 jer…hihihi>). Ok, jadi minta kerjasama cik untuk pergi ke salah satu bank tersebut untuk membuat pengesahan penerimaan (yang ni nana xpaham apa maksud dia). Pihak kami tak boleh minta nombor akaun atau nombor pin cik sebab itu adalah peribadi (tau pon…). Cik salin nombor ni xxxxxx. Berapa lama perjalanan cik ke bank tersebut?? (nana: 10minit). Ok, bila cik sudah berada di bank itu nanti, sila talifon nombor ini 0111-4161132 bagi langkah seterusnya (nana: tapi saya sedang bekerja ni…). Tak pe cik, urusan ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, setelah selesai, cik boleh kembali bekerja. Baiklah, saya akan hubungi cik smula selepas 10 minit atau sila talifon nombor yang saya beri tadi setelah sampai di bank yer… Ada 2 pemenang lagi untuk saya hubungi (aku tak Tanya pon…hihihi).”
Nana letak talifon, dalam pale ni ligat pikir, betul ke benda2 ni… Tapi da banyak kali dengar kes2 penipuan macam ni (kenapa la aku yang kena). Tapi, tak la tersangkut and terpedaya..ALLAH bagi kita akal untuk pikir kan… secara logic akal, memang tak logic. Nana pon tepon husband and citer tentang hal ni. Husband Cuma jawab “ Ada ker CELCOM buat apa2 cabutan??? Macam tak dengar apa2 pon tentang tuh..kalau nak cuba, cuba lah. Guna Akaun yang takde isinya (maksudnya, takde duit)… Apa pon, papa nak pesan, jangan buang masa layan semua ni…”
Betul jugak apa yang husband nana cakap tuh. So, ambil masa sekejap search internet cerita tentang CABUTAN CELCOM ni… Eh, xde pon. Dekat website CELCOM pon xde cerita/berita tentang CABUTAN tu. So, Nana wat keputusan ignore jer tentang panggilan tu…tapi…..
Dengan punctual nya, after 10minit masuk lagi nombor private….tapi nana tak angkat…
*MORAL OF THE STORY: JANGAN MUDAH TERPEDAYA!!!!

(panjang betol cerita nih… dah macam karangan SPM pulak…hi3)

No comments:

Post a Comment