Tuesday, 28 January 2014

BARANG2 BABY... (",)

ASSALAMUALAIKUM…

Hmmmm….da lama nak update tentang barang2 baby ni….Tapi asyik tak sempat jer nak snap pict… Semalam kemas barang2 baby n mommy untuk ke hospital, baru la sempat nk snap pict. Tapi tak la snap semua. Hihihihi. Nurse pon da pesan “sekarang da 35 weeks, dah kena prepare barang2 baby n mommy. Barang2 untuk pergi hospital dah boleh standby”. Cepat rasanya masa berlalu, kejap jer dah nk 9 bulan baby dalam perot nih. Cam tak caya pon ada. Apa pon, moga ALLAH permudahkan segalanya…Kat bawah ni ada la sikit pict2 yang sempat di snap smalam n list barang2 baby, even tak semua/ tak lengkap….(sajer nak share)....

 List barang2 keperluan baby:
-Baju lengan panjang
-Baju lengan pendek
-Seluar panjang
-Seluar pendek
-Sarung tangan (mitten)
-Sarung kaki
-Barut
-Lampin/ Kain bedung
-Blanket/ selimut
-Towel
-Pouch/ kantung (isi Yassin dan sebagainya…)
-Pemotong kuku
-Botol susu
-Berus botol susu
-Set mandian baby
-Cotton buds
-Tilam (mattress set)
-Pampers new born
-Yu Yee oil/ minyak Telon
-Wet tissue
-Kelambu
-Alas getah
-Thermos air panas

BARUT ZAP ON- NANA BUAT SENDIRI...COTTON BIASA...

BARUT ZAP ON & BERTALI- BELI ONLINE...COTTON FLANNEL...

BARUT BERTALI- MY MOM YANG BUAT...COTTON BIASA...

POUCH/ KANTUNG-NANA BUAT SENDIRI...ADA KAIN LEBIH...HIHIHI

BEDUNG DAN KAIN LAMPIN...

TOWEL*SARUNG TANGAN(MITTEN)*SARUNG KAKI*BAJU*SELUAR*BLANKET

TILAM(MATTRESS SET)*THERMOS*PAMPERS NEW BORN*SET MANDIAN BABY*BOTOL SUSU*BERUS BOTOL SUSU*COTTON BUDS*YU YEE OIL*WET TISSUE*PEMOTONG KUKU(GROOMING SET)

Hihihi...moga segalanya dipermudahkan Allah S.W.T... ammminnnn....

Barang pon tak beli banyak...Cam baju n seluar pon beli sikit jer... Orang kata baby ni cepat membesar. Karang beli banyak, pakai pon sekejap jer...T da tak muat, beli la lagi...hihihi... Teringin gak nak beli romper set, tp PAPA kata nanti dulu...so, ikutkan jer lah... Selamat menjamu mata....








Sunday, 26 January 2014

ALERGY KULIT...

Assalamualaikum…


               Entry kali ni nak cerita tentang allergy kulit… Sejak 2 menjak ni, asyik gatal-gatal jerk… kebanyakkannya kat bahagian lengan, betis n peha… Dah tak gebu la pasni….hihihi (perasan).


Dah lama sebenarnya benda ni tak terjadi… sejak awal pregnant  sampai la sekarang ni dia tumbuh balek. P klinik pon dia bagi krim sapu biasa tu….Da tak takot kumannya. Hihihi……Actually, nana pon tak tahu allergy apakah sebenarnya. Dah tukar shower gel pon sama gak. Last2, husband p masak air panas dan ditambah garam. Pastu rendam kaki n tuam bahagian yang gatal2 tuh… Lega la sikit. Masa p Umrah dulu, nana ada bli krim untuk gatal2 n kulit kering nih…sebab masa tuh cuaca kat Madinah sejuk n kering. Tu yang kulit habis kering n pecah… Tapi, sekarang da expired… Yelah, da 2 taun.hihihi… Ari tuh p Farmasi n dia bagi krim ni…. 



Alhamdulillah kurang sikit… Yang geramnya, time tido dia merenyam gatal… Tangan pulak gatal nak menggaru,habis lah…. Hihihi

RESEPI KARI MAMAK MARI!!!!!

ASSALAMUALAIKUM…
Nak share pulak resepi kari mamak by nana….hihihi

Untuk Resepi Kari MAMAK (kari tanpa santan):

BAHAN-BAHAN
-500g daging ayam (terpulang nak banyak ke sikit. Boleh juga diganti dgn daging lembu, tapi reneh lama sikit yer)
-4sudu besar serbuk kari (nana guna serbuk kari BABAS)
-1 biji kiub pati ayam (nana guna kiub pati ayam MAGGIE)
-2sudu besar cili kering kisar (serbuk kari BABAS dah pedas. Ikut suka, kalau nak pedas, letak la satu mangkuk.hihihi)
-2batang Serai (di titik/di ketuk)
-Sedikit hirisan halia
-2 biji Bawang merah
-2 biji Bawang putih
-1 biji Bunga lawang
-2 biji Buah pelaga
-2biji kentang potong dadu
-Air secukupnya.



CARA2NYA
1.       Tumbuk/ kisar bawang merah + bawang putih + halia + kiub pati yam + secubit garam sehingga hancur lumat.
2.       Masukkan serbuk kari kedalam bahan yang ditumbuk/dikisar tadi dan tambahkan sedikit air (untuk elakkan kari hangus smasa menumis) gaulkan rata.
3.       Panaskan kuali + minyak masak dan tumis bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi.
4.       Masukkan bunga lawang + buah pelaga + serai yang dititik/diketuk  dan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
5.       Masukkan potongan daging ayam dan kentang. Gaul2 kan dan tambahkan sedikit air kemudian tutup sehingga daging ayam dan kentang tadi lembut.

6.       Ok!!! Da boleh makan dengan nasi/cicah roti jala/ lempeng/ roti dan sebagainya….

RESEPI ROTI JALA...PEBERET MR.PAPA....

ASSALAMUALAIKUM…
Lama dah rasanya tak mengupdate blog ni… sekarang ni nana tengah wat research tentang kencing kotor (cam time study dolu2 pulak.hi3)…Yelah, benda fakta nie kena la wat research. Taknak la stakat copy paste jer. Kalau salah fakta nanti orang marah.hi3… Tapi, 4 this entry bukan nak citer pasal kencing kotor…tapi nak kongsi resepi roti jala… penah makan tak? Simple jer, Cuma kena ambil masa sikit nak menjala nih…hu3…

Untuk resepi roti jala:

BAHAN-BAHAN
-½ kg Tepung Gandum
-2 Biji Telur Ayam
-Secubit garam
-Pewarna kuning telur (ada orang letak serbuk kunyit..tapi Nana tak suka plak…hi3…ikut slera)
-Air secukupnya

CARA2YA
1.       Masukkan tepung dalam mangkuk + garam +telur + pewarna kuning telur dan air (kalau nk cair, lebihkan air. Kalau nak pekat, kurangkan air) gaul sampai rata.
·         Cairnya campuran tepung akan mmbuatkan roti jala jadi agak kering dan liat.
·         Pekatnya campuran tepung akan mmbuatkan roti jala jadi lembut (tp, jangan la pekat sangat. Kang tak nak turun pulak bila nak cetak atas kuali nanti.hihihi)
2.       Masukkan campuran tepung tadi kedalam blender dan blend sampai tak berketul2.
3.       Panaskan kuali leper. Gunakan pencetak khas roti jala (pencetak ke namanya??? Hahaha. Harap korang faham la yer). Kalau tak pon, beli botol plastic yang biasa orang isi sos yang ada 3 pin/ muncung tuh. Lagi senang nak menjala. Tekan jelah…

4.       Ok!!! Siap dah roti jala tuh. Ikut selera nak lipat ke, nak gulung ke…nak makan sekeping camtu jer pon boleh…


CAM SEDAP JER....CAM NAK JER.... SLAMAT MENCUBA YER...

Thursday, 9 January 2014

CABUTAN BERTUAH CELCOM- KES PENIPUAN!!!!

Assalamualaikum…
Ha, arini nana nak cerita sikit mengenai kes penipuan melalui talifon yang makin berleluasa sekarang nih… Hal ni terkena pada batang idung nana sendiri la…Baru jer tadi terkena…
Ceritanya bermula begini…(jeng…jeng…jeng…) Tengah dok sebok2 wat keje kat office ni, tiba2 hp nana berdering (macam ayat novel la pulak). Ok kita teruskan cerita ni… Nana pon jawab la call tu..dari nombor private pulak. Suara lelaki, ada loghat2 cam Sabah pn ada…Indonesia pon ada…Dah la pale ni pening, dengarkan jer lah apa dia nak cakap…
“Assalamualaikum… saya dari pihak CELCOM KUALA LUMPUR. Betul ke saya sedang bercakap dengan pemilik nombor talifon 019-xxxxxxx (nana: ya saya <ringkas, malas nk layan sebenarnya>). Tahniah, cik telah memenangi cabutan bertuah dari pihak CELCOM. Nombor talifon cik telah memenangi tempat ketiga dengan hadiah berupa wang tunai sejumlah RM5,000 ( ye2 jer ko ni nak bagi aku duit banyak tu…xtau plak celcom ada wat contest/lucky draw). Tetapi, saya lihat cik menetap diluar kawasan Kuala Lumpur, jadi pihak kami terpaksa memindahkan wang tersebut melalui bank (ait!!! Tak menyabor betul ko nak bagi aku hadiah???). Adakah cik tinggal berhampiran dengan bandar/ di kawasan kampung? (nana: kawasan Bandar). Bank apa yang berdekatan dengan cik? Pihak kami mendapat kebenaran pihak BANK NEGARA untuk melakukan transaksi melalui bank MAYBANK, BSN dan CIMB BANK (nana: saya ada buka akaun dalam ketiga2 bank tu <padahal 1 jer…hihihi>). Ok, jadi minta kerjasama cik untuk pergi ke salah satu bank tersebut untuk membuat pengesahan penerimaan (yang ni nana xpaham apa maksud dia). Pihak kami tak boleh minta nombor akaun atau nombor pin cik sebab itu adalah peribadi (tau pon…). Cik salin nombor ni xxxxxx. Berapa lama perjalanan cik ke bank tersebut?? (nana: 10minit). Ok, bila cik sudah berada di bank itu nanti, sila talifon nombor ini 0111-4161132 bagi langkah seterusnya (nana: tapi saya sedang bekerja ni…). Tak pe cik, urusan ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, setelah selesai, cik boleh kembali bekerja. Baiklah, saya akan hubungi cik smula selepas 10 minit atau sila talifon nombor yang saya beri tadi setelah sampai di bank yer… Ada 2 pemenang lagi untuk saya hubungi (aku tak Tanya pon…hihihi).”
Nana letak talifon, dalam pale ni ligat pikir, betul ke benda2 ni… Tapi da banyak kali dengar kes2 penipuan macam ni (kenapa la aku yang kena). Tapi, tak la tersangkut and terpedaya..ALLAH bagi kita akal untuk pikir kan… secara logic akal, memang tak logic. Nana pon tepon husband and citer tentang hal ni. Husband Cuma jawab “ Ada ker CELCOM buat apa2 cabutan??? Macam tak dengar apa2 pon tentang tuh..kalau nak cuba, cuba lah. Guna Akaun yang takde isinya (maksudnya, takde duit)… Apa pon, papa nak pesan, jangan buang masa layan semua ni…”
Betul jugak apa yang husband nana cakap tuh. So, ambil masa sekejap search internet cerita tentang CABUTAN CELCOM ni… Eh, xde pon. Dekat website CELCOM pon xde cerita/berita tentang CABUTAN tu. So, Nana wat keputusan ignore jer tentang panggilan tu…tapi…..
Dengan punctual nya, after 10minit masuk lagi nombor private….tapi nana tak angkat…
*MORAL OF THE STORY: JANGAN MUDAH TERPEDAYA!!!!

(panjang betol cerita nih… dah macam karangan SPM pulak…hi3)

Monday, 6 January 2014

TALAPIA MERAH MASAK SAMBAL!!!!

Assalamualaikum…lamanya  tak update  blog…hihihi…Hari ni, NANA nak kongsi resepi “IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL”. Nie makanan peberet Mr.Papa…hehehe. Nana rasa cam biasa jer sambalnya, tp tak pulak untuk si ‘dia’…So, rajin la jugak masak bila si ‘dia’ request. Oh ya, maaf la…jenis Nana kalau masak main campak-campak jer. So, xde sukatan tertentu. Jadi, agak-agak jer la ye….ikut citarasa dan selera masing2…

BAHAN-BAHAN
-Minyak masak secukupnya
-2 ekor ikan talapia merah
-3 sudu besar lada kering (dikisar)
-2 batang serai (dikisar/dititik/diketuk)
-Sedikit hirisan halia (agak-agak lah yer)
-2 biji bawang merah
-2 biji bawang putih
-3 sudu besar sos cili (kalau nak sedap lagi…guna sos pencecah keropok lekor…memang mantop!!!!)
-2 sudu besar gula pasir (ikut suka nak manis ke tak)
-Garam secukup rasa.
-Secubit serbuk perasa (ikut suka jugak…ada orang tak nak letak ‘pak aji’ ni….)
-Air secukupnya…

CARA-CARANYA
1.      Goreng ikan talapia sehingga masak/garing (ikut selera. Ada orang tak suka garing-garing. Tos kan)
2.      Kisar/ tumbuk bawang merah+bawang putih+serai+halia+secubit garam.
3.      Panaskan minyak, tumis bahan2 yang telah dikisar/ditumbuk sehingga naik bau.
4.      Masukkan lada kering kisar dan tumis hingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air.
5.      Kemudian, masukkan sos cili+gula+garam+serbuk perasa.
6.      Gaul sehingga sambal menjadi agak kering (Ikut suka nk kuah banyak atau sikit…)

7.      Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata/boleh curah jer sambal tadi atas ikan y telah digoreng…ok!!! Done!!!




·         BOLEH JUGA LAU NAK TAMBAH HIRISAN NENAS (LEBIH KURANG CAM SWEET  SOUR JADINYA…) HIHIHI

·         PETUA DARI MY MOM: TIME ANDA MENUMBUK/MENGISAR, TAMBAH SEDIKIT GARAM. AGAK2 DALAM 1 SUDU KECIL…. APA FUNGSINYA???? MENAMBAHKAN LAGI KEENAKKAN MASAKAN… TRY LA…