Assalamualaikum…
Alhamdulillah,
pada 01:12:13(AHAD) berlangsungnya
majlis Tahlil arwah abah, majlis kesyukuran berkhatan anak buah, majlis doa
selamat n kesyukuran masuknya 7 bulan usia kandungan saya dan majlis doa selamat
sempena hari lahir saya. Maka, pada 30:11:13 saya memBZ kan diri dbantu oleh
ank2 buah membuat ‘APAM POLKADOT’ yang
xbrapa nk dot2…hi3. Kat sini saya nk kongsikan resepi apam nih at anda semua dan
mungkin juga dah ramai y mencuba dengan resepi yang sama…
BAHAN A:
·
3 BIJI TELUR GRED A
·
1 CWN GULA HALUS
·
1 SDT OVALETTE
BAHAN B:
·
2 CWN TEPUNG GANDUM
·
2 SDT BAKING POWDER
*DI AYAK
BAHAN2
LAIN:
·
1 CWN SUSU CAIR
·
1 SDT ESEN VANILLA
·
FILLING/INTI (SAYA GUNAKAN FILLING COKLAT)
·
ACUAN KUIH LOMPANG
·
PAPER CUP
·
PEWARNA KESUKAAN
·
PERISA KESUKAAN (optional)
·
PIPING BAG
CARA-CARANYA
·
Pukul BAHAN A
sehingga kembang, putih gebu, pekat dan berkrim.
·
Masukkan BAHAN
B kedalam adunan BAHAN A di
selang selikan dengan susu cair dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati n
kembang.
·
Panaskan kukusan (boleh juga letakkan daun pandan kedalam air kukusan untuk
apam lebih wangi.
·
Bahagi
adunan kpd beberapa bahagian dan titiskan pewarna/perisa kesukaan.
·
Masukkan kedalam piping bag.
·
Susun paper
cup kedalam acuan kuih lompang.
·
Picitkan adunan 1/3 paper cup, letakkan filling, dan kemudian picitkan lg adunan
yang berlainan warna/warna yang sama sehingga hampir penuh.
·
Sederhanakan api dan kukus apam selama 10-15 minit.
*Untuk mengelakkan air jatuh keatas apam:
(i) Setelah 10 minit mengukus, bolehlah buka
penutup dan buangkan air pada penutup. Kemudian kukus semula sehingga 15 minit.
(ii) Balut penutup kukusan dengan tuala/kain
bersih.
*Kukus dengan api sederhana untuk mengelakkan
apam pecah/merekah.
(“,) Selamat mencuba!!!!
kalau tengok at pict tu, saya xguna acuan kuih lompang... Tapi sbenarnya saya guna acuan kuih lompang+acuan s/steel tu sebab acuan kuih lompang cuma ada 1dozen jerk...hihihihi...
ReplyDelete