Thursday, 5 December 2013

BARANG-BARANG BABY...(",)

ASSALAMUALAIKUM…
Sejak2 bakal menjadi ibu nih, rajin sgt lah tengok2, cuci mate and shopping online brg2 baby nih. Yelah, even mahal skalipon sbb ada cas penghantaran lagi, tapi xpelah….yang penting puas hati. Barang2/produk2 dowang pon berkualiti n canteq2 sama cam kat kedai….
Kalau dah sarat, nak jalan bershopping pon malas kan, even banyakkan berjalan tu bagus untuk proses kelahiran. Secara positifnya, ini untuk bakal2 ibu/bakal2 bapa/sesiapa sahaja yang nk bershopping, tapi xde masa… Kadang2 dah penat masuk byk kedai tapi takde yang berkenan di hati….cewwwahhhh!!!!
Kalau dulu, saya sendiri pon takot nk shopping online nih, yelah, barang takde depan mate. Takot la xpuas hati nanti, tapi…InsyaALLAH n Alhamdulillah… bila dah skali shopping online, nak berkali2 plak jadinya…hi3. Lagipon, support la blogger2/online shop nih…
Kat sini saya nak kongsikan beberapa page BLOGGER/FB yang ada kait mengait dengan barangan baby nih. Selamat bershopping ya!!!!

Ni dulu wat masa nih…akan di update lagi ya…

Sunday, 1 December 2013

01.12.13 HAPPY BIRTHDAY NANA...

Assalamualaikum…
Bersempena hari lahir saya, my hubby belikan kek ‘Tiramisu’ utk saya. Oleh sbb saya xboleh mkn terlalu banyak coklat, maka papa belikan ‘Tiramisu’ sdgkan biasanya papa akan belikan saya ‘chocolate indulgance’.
Even just 1 slice, ia cukup bermaka utk saya. Takde apa pon yang saya harapkan, papa lah hadiah yang amat bermakna utk saya. Moga Allah melindungi dan merahmati rumahtangga kami…

Tq sayang… Mama amat bahagia disamping papa (jiwang la pulak…)….hihihi…. I LOVE U my sweet…


Apam Polkadot...dot...dot...

Assalamualaikum…
Alhamdulillah, pada 01:12:13(AHAD) berlangsungnya majlis Tahlil arwah abah, majlis kesyukuran berkhatan anak buah, majlis doa selamat n kesyukuran masuknya 7 bulan usia kandungan saya dan majlis doa selamat sempena hari lahir saya. Maka, pada 30:11:13 saya memBZ kan diri dbantu oleh ank2 buah membuat ‘APAM POLKADOT’ yang xbrapa nk dot2…hi3. Kat sini saya nk kongsikan resepi apam nih at anda semua dan mungkin juga dah ramai y mencuba dengan resepi yang sama…

BAHAN A:
·        3 BIJI TELUR GRED A
·        1 CWN GULA HALUS
·        1 SDT OVALETTE

BAHAN B:
·        2 CWN TEPUNG GANDUM
·        2 SDT BAKING POWDER
*DI AYAK

 BAHAN2 LAIN:
·        1 CWN SUSU CAIR
·        1 SDT ESEN VANILLA
·        FILLING/INTI (SAYA GUNAKAN FILLING COKLAT)
·        ACUAN KUIH LOMPANG
·        PAPER CUP
·        PEWARNA KESUKAAN
·        PERISA KESUKAAN (optional)
·        PIPING BAG

CARA-CARANYA
·        Pukul BAHAN A sehingga kembang, putih gebu, pekat dan berkrim.
·        Masukkan BAHAN B kedalam adunan BAHAN A di selang selikan dengan susu cair dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati n kembang.
·        Panaskan kukusan (boleh juga letakkan daun pandan kedalam air kukusan untuk apam lebih wangi.
·        Bahagi adunan kpd beberapa bahagian dan titiskan pewarna/perisa kesukaan.
·        Masukkan kedalam piping bag.
·        Susun paper cup kedalam acuan kuih lompang.
·        Picitkan adunan 1/3 paper cup, letakkan filling, dan kemudian picitkan lg adunan yang berlainan warna/warna yang sama sehingga hampir penuh.
·        Sederhanakan api dan kukus apam selama 10-15 minit.

*Untuk mengelakkan air jatuh keatas apam:
(i) Setelah 10 minit mengukus, bolehlah buka penutup dan buangkan air pada penutup. Kemudian kukus semula sehingga 15 minit.
(ii) Balut penutup kukusan dengan tuala/kain bersih.
*Kukus dengan api sederhana untuk mengelakkan apam pecah/merekah.

(“,) Selamat mencuba!!!!