Assalamualaikum…
Hari ni
nak post mengenai makanan plak…Oleh
kerana saya hantu karipap, maka kerap la juga wat karipap nih. Lagi2 sejak2 dah
berumah tangga nih. Hubby pon jenis suka makan, saya pon merajin2kan diri untuk
masak…Air tangan isteri kan pengerat hubungan. Jangan lupa, sambil memasak tu,
ringan2 kan lidah untuk berzikir. Moga lembut ati orang y makan tu nanti…
OK la… ni
saya nak kongsikan cara wat DOH KARIPAP yang
confirm sedap. Selain tu, intinya juga memainkan peranan penting atas kesedapan
karipap ni tadi. Ni resepi my mom yang telah saya olah sendiri. Selamat
mencuba!!!
BAHAN-BAHAN
4
cwn tepung gandum
¾
cwn minyak masak (dipanaskan)
¾
cwn air (dari peti ais)- secukupnya
1
s/k garam (secukup rasa)
CARA-CARANYA
1. Masukkan tepung gandum
kedalam bekas. Buatkan ruang di tengah2nya, dan masukkan minyak panas td.
2. Gunakan garfu, gaul rata
tepung+minyak panas tadi sampai jadi macam serbuk roti.
3. Bancuhkan garam dengan air
sejuk tadi dan campurkan kedalam adunan tepung.
4. Sebatikan dan uli sehingga
menjadi doh. Masukkan inti kegemaran, kelim dan goring.
5. Ada juga yang memasukkan doh
kedalam peti ais dalam 10-15 minit. Ni untuk jadikan doh lebih rangup…
Ni nak kongsikan pict karipap before n after yang saya wat
pada 11/11/2013 yang lepas:
No comments:
Post a Comment