Thursday, 28 November 2013

BARUT BABY

Assalamualaikum…
Hari ni nak post tentang ‘BARUT BABY’ plak. Boleh dikira masuk tajuk ‘FESYEN’/’SHOPPING’ nih…hehehe… Pada 1 hari tu,tengah dok khusyuk beronline, terbaca plak mengenai ‘KAIN COTTON FLANNEL’ yang mpunyai teksture yang lembut n sesuai untuk dijadikn barut/bedung bayi. Yelah, usia kandungan saya pon dah nk masuk 7 bulan. So, mula la dah wat persiapan sikit2. Apa yang terlintas dalam kepala untuk 1st time adalah ‘BARUT’. My mom pon meng’offer’kan dirinya nak watkan barut nih…
Saya pon pergi lah mencari kain tersebut (skema betol ayat) seluruh Batu Pahat. Malang nya ngak ketemu sih!!! Atas alasan kecewa, maka saya beli la juga cotton biasa utk wat barut n bedung nih…
Sampai umah, my hubby bertanya “xder ke orang y jual kain tu/yang wat barut guna kain tu scara online???”. Soalan tu mbuatkan saya mula tersenyum. Kenapa xterpikir ek. Xpelah kos lebih ciket, yang penting baby selesa.
Dengan spantas kilatnya, saya pon mengoogle and terjumpa laman FB sorang  sis nih https://www.facebook.com/pages/Barut-Bayi/125564650870015. Yang pasti nya, korang semua akan berpuas hati dengan kekemasan jahitannya n kecomelan kain2 nih… Maka dengan segeranya saya wat tempahan atas nama hubby saya. Xleh nk tempah banyak, 1st time shopping online, takot gak ada pape hal nanti. Tapi, bila sampai jer brg tuh, mmg  puas hati sgt2, 100% la… ni pictnya:




So, jgn pening2. Mana2 yang nak try order, p kat fb sis ni. Hari ni payment, sok brg da smpai (tgk lokasi yer)… Slamat bershopping…

Wednesday, 27 November 2013

KARIPUFF NYUM...NYUM...

Assalamualaikum…
Hari ni nak post mengenai makanan plak…Oleh kerana saya hantu karipap, maka kerap la juga wat karipap nih. Lagi2 sejak2 dah berumah tangga nih. Hubby pon jenis suka makan, saya pon merajin2kan diri untuk masak…Air tangan isteri kan pengerat hubungan. Jangan lupa, sambil memasak tu, ringan2 kan lidah untuk berzikir. Moga lembut ati orang y makan tu nanti…
OK la… ni saya nak kongsikan cara wat DOH KARIPAP yang confirm sedap. Selain tu, intinya juga memainkan peranan penting atas kesedapan karipap ni tadi. Ni resepi my mom yang telah saya olah sendiri. Selamat mencuba!!!

BAHAN-BAHAN
4 cwn tepung gandum
¾ cwn minyak masak (dipanaskan)
¾ cwn air (dari peti ais)- secukupnya
1 s/k garam (secukup rasa)

CARA-CARANYA
1.      Masukkan tepung gandum kedalam bekas. Buatkan ruang di tengah2nya, dan masukkan minyak panas td.
2.      Gunakan garfu, gaul rata tepung+minyak panas tadi sampai jadi macam serbuk roti.
3.      Bancuhkan garam dengan air sejuk tadi dan campurkan kedalam adunan tepung.
4.      Sebatikan dan uli sehingga menjadi doh. Masukkan inti kegemaran, kelim dan goring.
5.      Ada juga yang memasukkan doh kedalam peti ais dalam 10-15 minit. Ni untuk jadikan doh lebih rangup…


Ni nak kongsikan pict karipap before n after yang saya wat pada 11/11/2013 yang lepas:

Tuesday, 26 November 2013

1ST ENTRY

Assalamualaikum…


Untuk 1st entry nih saya Cuma nak introduce myself  jer la… hihihi…punya la susah nak wat blog  yang baru nih. Blog yang lama dah xingat passwordnya. Menunjukkan yang dah berkurun lamanya xbukak blog tuh.. Apa pon, hari nie rasa happy sangat2 sebab dapat gak create blog nih. Blog yang dulu tu untuk study punya project…. Dan sekarang, ini lah my personal blog. Blog ni bukan setakat mengenai cintan cintun…tapi ia juga akan memuatkan segala cerita dalam kehidupan seperti keluarga, masakan, hobi, fesyen, dan macam2 lagi lah…Sejak2 dah idup berkeluarga nih, nak juga berkongsi pengalaman dengan anda semua. So, jangan la segan2 memberi komen n nasihat yer…